HERMANAS Support & Inquiry : +6010-3348784 Shop Now
icon-search
icon-search

Top 10 Jenama Tudung Bawal di Malaysia

Lambakan tudung bawal di pasaran tempatan boleh diibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat pelbagai jenama, rekaan dan warna yang boleh anda dapati di butik, atau di atas talian (online) dari harga puluhan hingga ratusan ringgit.

Namun, terdapat juga beberapa jenama yang menjadi pilihan dan wajib dimiliki oleh wanita muslimah di luar sana.

Disini ada 10 Jenama Tudung Bawal di Malaysia yang sering menjadi pilihan wanita muslimah dengan harga yang sangat berpatutan

1. Hermanas

1.jpg

Hermanas ditubuhkan pada tahun 2018 dan berpengkalan di Kota Damansara, Selangor. Hermanas bermaksud sisters atau kakak di dalam bahasa Latin. Jenama Hermanas mengeluarkan bawal printed dengan reka bentuk exclusive dan juga setiap reka bentuk yang dikeluarkan adalah limited edition. Bawal Hermanas ni sesuai untuk jiwa yang lebih muda, kekal ayu dan cantik. Material bawal Hermanas adalah 100% Premium Cotton Voile dan material ni lain daripada yang ada di pasaran, sangat sedap dan mudah nak pakai ! Bawal Hermanas bermula dari kosong, dan kini melangkah ke serata pelusuk. Harga bawal Hermanas juga sangat berpatutan dan mampu milik

Instagram : https://www.instagram.com/hermanas.my/

Facebook : https://www.facebook.com/hermanasdotmy

Website : https://www.hermanas.my/

2. Fareha

WhatsApp Image 2021-06-18 at 2.47.28 AM.jpeg

Fareha adalah jenama hIjab dalam talian (online) dengan trademark "Bawal Anti Kedut". Fareha dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016. Semua produk Fareha direka dan dibina berdasarkan tiga elemen iaitu moden, sederhana dan kontemporari

3. Ameerazaini

WhatsApp Image 2021-06-18 at 2.54.22 AM.jpeg

Ameera Zaini ditubuhkan pada tahun 2012 oleh penyampai tv Malaysia. Jenama tudung Ameera Zaini bermula dengan menjual tudung secara dalam talian di bazar, tudung bawal pertama yang dikeluarkan menjadi hit dan stokis dilantik untuk menangani permintaan yang semakin meningkat.

4. Naelofar

WhatsApp Image 2021-06-18 at 3.04.39 AM.jpeg

Naelofar adalah jenama pakaian sederhana yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia, Neelofa pada tahun 2014. Melalui janji jenama utamanya 'Go Far', Naelofar bertujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk sentiasa merasa yakin dan bertenaga dengan keputusan mereka untuk memilih pakaian yang sederhana.

5. Galeri Ariani

WhatsApp Image 2021-06-18 at 3.08.32 AM.jpeg

Galeri Ariani dilancarkan pada bulan April 2008, jenama terkenal yang bermula dengan "Awning tuning" yang ikonik sejak itu telah membina asasnya yang kuat di kalangan orang ramai yang memakai hijab. Produk Ariani direka dan dibina berdasarkan tiga elemen, Eksklusiviti, Kesopanan dan Kontemporari.

6. Tudung Ruffle

Capture1.PNG

Tudung Ruffle adalah jenama terkemuka dalam tudung bawal. Tudung Ruffle mengkhususkan diri dalam reka bentuk tudung bawal dengan fokus unik pada inovasi dan improvisasi. Tudung Ruffle telah memperluaskan lagi sayap dengan membuka 2 cawangan iaitu di IOI Citymall dan ISetan Klcc

7. Bawal Exclusive

Capture1111.PNG

Bermula di pasar malam, kemudiannya berniaga di kedai kecil (arked) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Haliza mendaki anak tangga kejayaan dari bawah. Kisah kejayaan Bawal Exclusive tidak disulami jalan pintas. Tapi sekarang jenama Bawal Exclusive juga menjadi pilihan wanita berhijab untuk dipakai harian atau dimajlis formal.

8. Hayda Scarf

WhatsApp Image 2021-06-18 at 3.10.58 AM.jpeg

Hayda Scarf fokus pada wanita berkerjaya, ibu muda dan pelajar yang stress lambat bersiap & malas iron tudung. Bila memakai Hayda Scarf, anda mampu bersiap dalam masa 15 minit

9. Kekaboo

WhatsApp Image 2021-06-18 at 3.12.57 AM.jpeg

Kekaboo juga terkenal dan selalu menjadi pilihan wanita berhijab kerana koleksi Kekaboo sesuai dengan pelbagai acara, dari perjumpaan santai, ke pejabat atau pihak korporat.

10. Jelita Sara

Capture111.PNG

Jelitasara di asaskan pada tahun 2009 dan bermula dengan konsep bisnes Small Office Home Office (SOHO) di Melaka. Memulakan perniagaan dengan menjual tudung bawal sahaja, sekarang Jelita Sara telah mengeluarkan pelbagai produk seperti baju kurung, produk penjagaan muka dan sebagainya



Older post Newer post