HERMANAS Support & Inquiry : +6010-3348784 Shop Now
icon-search
icon-search

Perbezaan Tudung Bawal Hermanas Dengan Yang Lain

Perbezaan Tudung Bawal Hermanas Dengan Yang Lain

Jenama tudung bawal Hermanas ini ditubuhkan pada Jun, 2018 dan walaupun baru bertapak 3 tahun didalam dunia hijab tetapi Hermanas sudah mendapat tempat dihati peminat bawal printed kerana keistimewaan yang dimilikinya.

5.jpg

Tudung bawal Hermanas menggunakan material yang terbaik iaitu material 100% Premium Hermanas Cotton Voile yang sememangnya halus dan juga lembut. Material Bawal Hermanas ini tidak licin dan sangat selesa untuk di pakai di dalam cuaca panas. Ia juga mudah dibentuk mengikut bentuk muka dan rapi di kepala. Setiap design dan koleksi yang dikeluarkan oleh Hermanas sangat unik, ekslusif dan cantik.

Pink and Cyan Gradient Gamer Girl YouTube Channel Art.jpgJahitan bawal Hermanas dijahit dengan “kelim baby seam” supaya bawal sentiasa kemas dan tidak berbulu, berbanding dengan jahit tepi halus yang akan cepat berbulu selepas beberapa kali anda basuh tudung tersebut. Bawal Hermanas bukan sahaja menitik beratkan material semata-mata, tetapi bawal Hermanas juga sangat mementingkan jahitan untuk memberikan yang terbaik kepada peminat bawal.

3.jpg

Selain itu, walaupun bawal Hermanas ini menggunakan material cotton voile tetapi material bawal Hermanas sangat berkualiti berbanding dengan jenama yang ada dipasaran sekarang ini. Bawal Hermanas ini tidak akan berbulu walaupun anda kerap membasuh menggunakan mesin basuh. Warna bawal Hermanas ini juga tidak akan luntur walaupun sudah berkali-kali anda membasuh bawal ini.

WhatsApp Image 2021-06-24 at 1.02.32 PM.jpeg

Dari 2018 hingga sekarang, Hermanas masih mengekalkan harga yang mampu milik walaupun kualiti yang dikeluarkan oleh Hermanas sangat bagus dan tidak akan dapat dengan jenama lain. Dengan harga yang mampu milik dan juga design yang ekslusif, anda pasti akan jatuh cinta dengan bawal printed keluaran Hermanas bila anda sudah sekali mencuba bawal Hermanas ini.

Boleh ikuti Hermanas untuk maklumat lanjut :-

Website : https://www.hermanas.my/

Instagram : https://www.instagram.com/hermanas.my/

Facebook : https://www.facebook.com/hermanasdotmy



Older post Newer post