HERMANAS Support & Inquiry : +6010-3348784 Shop Now
icon-search
icon-search

Material Baru Hermanas

Material Baru Hermanas

Jenama tudung bawal printed Hermanas ini ditubuhkan pada bulan Jun 2018 dan Hermanas sangat mementingkan material supaya memberi keselesaan kepada pembelian. Dari awal pengeluaran, Hermanas memang fokus kepada satu material sahaja iaitu material Premium Cotton Voile. Tetapi mulai bulan Julai 2021, Hermanas telah memperkenalkan material baru kepada peminat setia Hermanas.

2.jpg

Material baru ini adalah material Ultra-Airy Cotton Voile. Ciri-ciri material baru ini masih sama seperti material lama yang sejuk, mudah bentuk dan "minimal iron needed". Tetapi jahitan Hermanas masih sama iaitu bawal printed Hermanas masih mengekalkan jahitan "baby seam" supaya tudung sentiasa kemas dan tidak berbulu jika anda kerap membasuh bawal printed Hermanas ini.

1.jpg

Setiap wanita berhijab mesti akan memastikan tudung bawal yang ingin dibeli harus senang bentuk kerana ia amat penting dalam menjaga penampilan diri. Jadi, Hermanas sentiasa menitip beratkan material yang ingin digunakan supaya ia akan mempermudahkan peminat setia bawal printed Hermanas untuk sentiasa kelihatan kemas jika memakai bawal Hermanas ini.

3.jpg

Selain daripada material yang sejuk dan selesa, material baru Ultra-Airy Cotton Voile ini mempunyai ciri-ciri kurang kedutan. Jadi anda tidak perlu membazirkan masa anda dengan menggosok bawal printed Hermanas ini dengan masa yang lama. Ia sangat memudahkan anda jika anda seorang wanita berkerjaya, suri rumah dan mempunyai anak kecil.

Jenama bawal printed Hermanas ini bukan sahaja mengeluarkan material yang bagus tetapi corak dan reka bentuk yang dikeluarkan juga sangat cantik dan menjadi pilihan wanita berhijab. Anda boleh melayari media sosial Hermanas untuk melihat kesemua koleksi yang Hermanas keluarkan.

Instagram : https://www.instagram.com/hermanas.my/

Facebook : https://www.facebook.com/hermanasdotmy

Website : https://www.hermanas.my/



Older post