HERMANAS Support & Inquiry : +6010-3348784 Shop Now
icon-search
icon-search

Cara Pakai Tudung Bawal Bidang 45 Nampak Labuh

Cara Pakai Tudung Bawal Bidang 45 Nampak Labuh

Ikuti 2 Cara Memakai Tudung Bawal Labuh Menggunakan Bawal Bidang 45 

WhatsApp Image 2021-05-25 at 12.16.46 PM.jpeg 

Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan fitrah untuk kelihatan cantik. Tetapi jika anda seorang yang bertudung labuh, pasti anda susah hendak mengayakan tudung bawal printed yang anda minati kerana ia tiada saiz bidang 55 atau bidang 60 betul tak?

Jadi disini, saya akan kongsikan cara bagaimana hendak mengayakan tudung bawal printed bidang 45 menjadi bawal bidang 60.

1. Cara Pertama

8.jpg

Ikuti Langkah Ini :-

1) Tidak perlu melipat tudung bawal menjadi 3 segi dan letakkan bahagian hujung tudung diatas kepala

2) Pin kan tudung bawal ke belakang mengikut keselesaan anda dan pastikan tudung tersebut tidak bergerak

3) Lipatkan sedikit tudung di atas kepala dan kemaskan lipatan tersebut

4) Lalu pin tudung anda dibahagian leher

5) Tarikkan bahagian tudung kehadapan dan lilitkan kebelakang seperti gambar diatas

6) Gunakan jarum peniti supaya tudung tidak bergerak

7) Kemaskan tudung anda mengikut keselesaan dan rapikan bahagian hadapan tudung supaya anda merasa selesa

8) Okay dah siap!

2. Cara Kedua

10.jpg

Ikuti Langkah Ini :-

1) Lipatkan tudung bawal anda menjadi 3 segi lalu pin kan tudung bawal anda dileher. Pastikan tudung bawal anda sebelah panjang dan sebelah pendek

2) Tarik bahagian panjang tudung kebelakang

3) Lalu gunakan jarum peniti supaya tudung tidak bergerak

4) Kemaskan bahagian yang sudah diletak jarum peniti

5) Seterusnya bahagian pendek tudung ditarik dengan kemas di bahagian hadapan

6) Dan pinkan di bahagian bahu.

7) Tutorial kedua sudah siap!

Kenapa Tudung Bawal Hermanas Menjadi

Pilihan Wanita Muslimah?

Buat masa sekarang, tudung bawal Hermanas hanya mengeluarkan tudung bawal printed bidang 45 sahaja. Tetapi ia masih menjadi pilihan ramai wanita muslimah kerana tudung bawal Hermanas ini boleh digayakan mengikut keselesaan masing-masing.

Ia kerana tudung bawal Hermanas ini lain dari tudung bawal bidang 45 yang ada dipasaran. Bawal Hermanas ini jika tidak dilabuhkan pun, ia masih menutup dada dan bahagian belakang dengan sempurna. Tudung bawal Hermanas ini menggunakan material yang berkualiti jadi ia tidak jarang.

Jadi tiada sebab untuk anda tidak memilih tudung bawal Hermanas ini sebagai pilihan anda. Boleh follow media sosial rasmi Hermanas untuk tutorial tudung labuh yang lain.

Youtube : https://www.youtube.com/c/HermanasOfficial

Website : https://www.hermanas.my/

Instagram : https://www.instagram.com/hermanas.my/

Facebook : https://www.facebook.com/hermanasdotmy






Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping